Selamat Datang ke Rayyan Homestay!

Anda mencari rumah persinggahan di Taiping, Perak? Jemputlah menginap di homestay kami di Kamunting. Keadaan persekitaran Rayyan Homestay sangat tenang dan nyaman. Suasana seperti menginap di rumah sendiri. Sesuai untuk keluarga yang ingin bercuti, majlis kenduri kahwin, rombongan, berkursus dan sebagainya. Butiran mengenai Rayyan Homestay adalah seperti di bawah:

Rayyan Homestay
No 649, Lorong Satu, Kampung Jana Baru,
34600 Kamunting Taiping, Perak

Rumah berkembar setingkat (Terdapat 2 buah rumah- Rumah 1 & Rumah 2)
Ruang parking yang luas dan berpagar
Dilengkapi dengan TV, peti ais, microwave, periuk nasi elektrik, cerek elektrik, pembakar roti dan sterika.

Kemudahan bagi setiap buah rumah:
3 bilik tidur berhawa dingin
3 bilik air - 2 bilik air dilengkapi waterheater
Semua bilik berkipas siling
Semua katil adalah queen-sized



Pandangan hadapan Rayyan Homestay

Ruang Tamu Rumah 1

Dapur dan Ruang Makan Rumah 1


Dapur Rumah 2


Ruang Makan Rumah 2



Contoh Bilik Tidur (Katil queen-sized, meja solek, 
bakul sampah, penyidai tuala dan sejadah)

Tempat menarik berdekatan:
  1. 7km dari Taman Tasik Taiping, Zoo & Midnight Safari
  2. 6km dari Taman Tasik Kamunting
  3. 2km dari pasaraya The Store 
  4. 3km dari TESCO & Taiping Mall 
  5. 8km dari GIANT & ECONSAVE
  6. Juga berhampiran dengan tempat-tempat makan
  7. 30-45 minit ke Bukit Merah Laketown Resort
Tempahan/Pertanyaan, sila hubungi 017-4448206 (Hjh Fauziah)

Kadar Sewa untuk satu malam bagi setiap buah rumah:
Rumah 1 : RM 250.00
Rumah 2 : RM 250.00

Terma & Syarat


  1. Check-in: 3:00 pm dan Check-out: 12.00 pm
  2. Bayaran penuh perlu di bank-in untuk memastikan tempahan "confirm". Jika ingin membuat pembatalan tempahan:                 
    • 1-3 hari sebelum tarikh sewaan - wang sewa tidak akan dikembalikan  
    • 4-15 hari sebelum - 50% wang sewa akan dikembalikan                     
    • 16 hari ke atas -80% wang sewa akan dikembalikan                          
    • Pembatalan selepas perubahan tarikh - wang sewa tidak akan dikembalikan
  3. Untuk Muslim sahaja
  4. Tidak dibenarkan membawa keluar barang/perkakas/perabot dari homestay.
  5. Tetamu perlu bertanggungjawab atas kerosakan seperti memecahkan pasu, cermin tingkap dan sebagainya.
  6. Pasangan atau berkumpulan yang bercampur lelaki dan perempuan dan tidak mempunyai hubungan keluarga atau mahram adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  7. Kami memohon jasa baik dan keikhlasan penyewa untuk menjaga rumah dan segala kemudahan/peralatan dengan baik.
  8. Dipohon juga supaya penyewa menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati.